Prinsip dan strategi Khazanah_Nasional

Prinsip-prinsip utama mandat Khazanah Nasional sebagai sebuah syarikat pelaburan termasuk:

  • Mencipta nilai boleh kekal
  • Meningkatkan upaya kebersaingan negara
  • Memupuk sebuah budaya berprestasi tinggi

Prinsip-prinsip tersebut dilaksanakan melalui empat langkah utama:

  1. Pelaburan warisan: Memperkemas, menyusun semula, dan memajukan;
  2. Pengubahan syarikat berkaitan kerajaan (GLC): Menaikkan nilai pemegang saham dan nilai strategik;
  3. Pelaburan baru: Membangun pasaran-pasaran baru dan pelaburan rentas sempadan; dan
  4. Pengurusan modal insan: Memperkenalkan amalan pengurusan dan sistem ganjaran baru.

Pada tahun 2005, kebanyakan pelaburan Khazanah Nasional ialah dalam bidang-bidang kewangan, telekomunikasi, utiliti awam, perkhidmatan komunikasi, teknologi maklumat, dan pengangkutan. Contoh-contoh syarikat berkait Khazanah Nasional termasuk Proton, MAS, Kumpulan UEM, Telekom Malaysia, Pos Malaysia, Tenaga Nasional dan Astro.